Friday 9 March 2012

Pelajari Persediaan Sebelum Mendirikan Rumah tangga

  1. Bagi lelaki mahupun perempuan.Sebalum berkahwin,kita perlu mencari maklumat daripada orang-orang tua kerana mereka lebih makan garam dahulu daripada kita.Tanya pada mereka apa yang disuka oleh pasangan masing-masing dan apa yang tidak disuka
  2. Cerita tentang diri kita akan kedudukan yang sebenar,umpamanya kerja kita,pendapatan serta keluarga kita dan banyak lagi perkara-perkatra yang bersangkutan dengan diri kita dengan ikhlas.
  3. Pantang sekali bercakap bohong diantara pasangan masing-masing.
  4. Membuang terus perangai-perangai yang tidak elok dan tidak berguna selepas kita diistiharkan sebagai suami isteri.
  5. Sentiasa bersabar dan bertolak ansur jika ada keretakkan rumahtangga cepat-cepat diselesaikan.Jangan biarkan berpanjangan.
  6. Jaga tanggungjawab masing-masing sebagai suami atau isteri dari segi agama, adat dan kedua-dua belah keluarga.
  7. Pelajarilah,ilmu-ilmu semasa kita hendak mulakan pelayaran hidup termasuklah cara adab bekeluarga dan cara-cara berjimak dan seterusnya akan perkara-perkara zahir & batin.
insya'allah kalaulah ada masa dan kelapangan silalah mana-mana pasangan lelaki atau perempuan datang kerumah pak haji sebulan sebelum  berkahwin,untuk diberi tunjuk ajar dan sedikit ilmu atau amalan dari segi zahir dan batin untuk dimanafaatkan.

Tuesday 14 February 2012

KALAU BENIH YANG BAIK.JATUH KELAUT MENJADI PULAU

Asal kejadian manusia bermula apabila ALLAH s.w.t  memerintahkan para malaikat menambil tanah dan membentuk menjadi lembaga manusia.Kemudian ALLAH meniupkan roh kedalam lembaga itu,maka terjadilah dia sebagai seorang manusia yang bernama Adam. Inilah insan yang pertama yang dijadikan. Maka adam adalah seoang lelaki. Daripada tulang rusuk Adam lahirlah wanita yang dinamkan Hawa. Adam dan Hawa adalah pasangan pertama di dalam kejadian manusia sampailah ke hari ini sehingga ke hari kiamat.

Dimana benih manusia?
Ada pada lelaki apa yang dipanggil sulbi.Letaknya diantara  kedua - dua paha pada sebelah belakang atas pada kedudukan lubang dubur. Besarnya sebesar biji sawi. Dia tidak ada reput atau hancur sampai ke hari kiamat

Dimana telur perempuan ?
Ada pada perempuan yang mana kedudukannya terletak diantara kedua-dua susu ibu atau buah dada.
Apabila kedua-dua ini, iaitu benih daripada si bapa bercantum dengan telur si ibu maka dalam pemerosesan di dalam perut ibu terbentuklah ia sebagai seorang manusia.Untuk mendapat benih atau zuriat yang baik,banyakkan ilmu-ilmu yang wajib kita pelajari.insya'allah , barang siapa yang ingin mempelajari ilmu adab- adab atau cara berjimak dan apa-apa yang patut diamalkan , bolehlah datang kerumah pak haji. Sama-sama kita bincang dan dimafaatkan. kalau berhajat di jemput datang ,sekiranya ada yang dah pandai tak payahlah datang .
No. alamat rumah : No12 jln bp11 Taman Bukit Permata 68100 Batu Caves Selangor
No phone : 019-3044289 ( HJ . ELIAS @JAAFAR OMAR)
PERKARA KETIGA


RUPANYA:


Kecantikkan seseorang insan itu,maknanya sangat luas iaitu kecantikkan pada zahir dan batin,bukan setakat pada rupa paras sahaja.Kecantikkan dari segi imannya. Bahasa dan adap akhlaknya dan kesihatan tubuh badan.Biarlah kita mencari suka dimata dan suka dihati.Kecantikkan dimata sebenarnya tiada kekal hanya sementara saja.Selalunya yang kekal ialah dimata dan dihati.Baik lelaki mahu pun perempuan.Fikir betul-betul.

KEEMPAT

KEKAYAANNYA :


Pati kekayaan ialah NIKMAT & REDHA.jangan tersalah pilih kekayaan kerana hasil-hasil yang digunakan akan menjadi darahyang mengalir didalam tubuh seseorang.Daripada darah itu akan menjadi benih pada lelaki dan telur pada perempuan ,batulah membentuk menjadi seorang insan. Sebagai seorang muslim di haramkan makan benda - benda yang tidak dibenarkan oleh syarak. Benda - benda itu umpama:


  • Babi / Anjing
  • Arak
  • Wang hasilan melacur
  • Makan harta anak yatim
  • Menipu / Merompak / Riba / Judi
  • Memakan wang rasuah
Dan banyak lagi perkara-perkara yang diharamkan oleh agama islam.( sila rujuk pada kitab-kitab feqah )

Inilah diantaranya kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja yang kita lupa. Berahati-hati kerana hidup kita ini hanya sementara sahaja. Sebelum kita mendapat pasangan, berhati-hati pada 4 perkara yang pak haji bentangkan kepada tuan puan,saudara saudari sekalian.

Tuesday 7 February 2012

TAJUK : Mencari keturunan yang baik mengikut perintah al-quran dan hadis
Sebagai seorang INSAN dan bukan sebagai MANUSIA ( perbezaan ) kita diwajibkan belajar mencari dan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari , ikhlas
contohnya :
Hj. Husin ingin menanam durian dia harus la mengikut setiap langkah untuk menanam durian pertama harus la mempunyai ilmu untuk menanam durian.Umpamanya, dia kena mencari benih durian yang berkualiti dan baik.Seperti benih durian D 14, D 20, musang king dan banyak lagi. Sekiranya beliau tidak memilih benih yang baik kemungkinan hasil yang akan keluarkan juga tidak elok contohnya tiada biji atau tiada isi.Demikian juga pada benda-benda yang lain yang berlaku diatas muka bumi ini seperti menternak binatang ,bertani (sawit, getah) dan macam-macam lagi ia memerlukan benih-benih dan baka- baka yang baik.Barulah kiter mendapat hasil yang baik.

Kata sesetengah ulama "APA YANG MEREKA CARI ITU LA APA YANG AKAN MEREKA DAPATI" .Berbalik pada kita INSAN yang dijadikan oleh ALLAH S.W.T .Mengikut feqah syarat-syarat untuk mendapat kan benih -benih ( keturunan) insan yang baik :
     
       - Agamanya
       - Keturunannya
       - Rupanya
       - Kekayaannya
( rujuk kembali kepada kitab-kitab feqah )

a- AGAMA (Islam )- sebab seseorang muslim itu dia mestila mempunyai sifat  "takwa" dia menyendari sebab dirinya dijadikan dan ada orang lain memerhati dan melihat perbuatannya sama ada kecil ataupun besar.

b- KETURUNANNYA- ini sangat penting (mustahak) mengambil riwayat dari Saidaina Omar memilih menantu. Pada suatu malam Saidaina  omar melawat kawasan. sampai suatu tempat dia mendengar seorang ibu dan anak bercakap-cakap kata anaknya "ibu sukatan susu ini tidak cukup setengah botol." lalu dijawab oleh ibu tua itu  "campurkan dengan air "."Tidak boleh " kata si anak itu dan menyambung " kerana ada yang sedang melihat kita." dengan rasa pelik ibu bertanya " siapa kah yang sedang mermehati." "ALLAH melihat ibu "jawab perempuan muda itu. Bingkas Saidaina Omar balik kerumah lalu ditanya pada anaknya ABDULLAH sudahkah anaknya mempunyai calon isteri.Jawab ABDULLAH " tiada."Besok kau pergilah ke rumah itu  tempat ibu dan anak di dengar tadik, "pinanglah dan ambil anak perempuan penjual susu itu menjadi isteri," kata saidaina Omar pada anaknya. Dipendekkan cerita , rupa-rupanya anak gadis yang dipinang itu adalah keturunan daripada Nabi ALLAH, Nabi ISHAK a.s dan benih daripada ABDULLAH bin OMAR itu berkembang sehingga sampailah kepada khalifah OMAR bin ABDUL AZIZ .Perhatikan cerita ini baik- baik bab KETURUNAN.


(sambung untuk esok)
SALAM
Pembukaan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk kesahjeteraan kita semua.Bagi mereka yang ingin berkongsi pandangan,pendapat atau sebarang pertanyaan boleh la kita mengunakan laman blog ini untuk menambah pengetahuan dan bagi menjalankan perkara-perkara yang baik.Semoga kita semua mendapat pertunjuk dan keredhaan ALLAH s.w.t. . Insyallah


Monday 6 February 2012

Salam Pengenalan

Assalammualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...
Nama saya Haji Elias @ Jaafar Bin Omar. Saya merupakan pengamal perubatan islam sejak 30tahun yang lalu.  Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 019-3044289 atau boleh juga berhubung melalui email saya tuanhajieliasjaafar@gmail.com atau boleh terus datang ke alamat No. 12 Jalan BP 11, Taman Bukit Permata 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. 
Saya mengikhthiarkan rawatan-rawatan alternatif yang berkaitan dengan masalah-masalah seperti yang berkaitan dengan fizikal (urutan tradisional), mental, emosional dan spiritual yang tidak bercanggah dengan ajaran dan aqidah islam. Insyaallah, saya juga boleh mengikhtiarkan pesakit yang mengalami masalah-masalah seperti mental dan emosional yang tidak stabil, stress/tekanan jiwa dan kemurungan yang berlebihan, masalah suami-Isteri, masalah sihir, resdung, migrain, lemah tenaga batin, pagar rumah/kedai/diri. InsyaAllah saya akan bantu merawatnya. Disamping itu saya juga mengadakan kursus urut tradisional melayu, kursus urut pulih tenaga batin dan kursus bekam. Insyaallah saya akan cuba untuk membantu dengan keizinan Allah S.W.T.