Friday 9 March 2012

Pelajari Persediaan Sebelum Mendirikan Rumah tangga

  1. Bagi lelaki mahupun perempuan.Sebalum berkahwin,kita perlu mencari maklumat daripada orang-orang tua kerana mereka lebih makan garam dahulu daripada kita.Tanya pada mereka apa yang disuka oleh pasangan masing-masing dan apa yang tidak disuka
  2. Cerita tentang diri kita akan kedudukan yang sebenar,umpamanya kerja kita,pendapatan serta keluarga kita dan banyak lagi perkara-perkatra yang bersangkutan dengan diri kita dengan ikhlas.
  3. Pantang sekali bercakap bohong diantara pasangan masing-masing.
  4. Membuang terus perangai-perangai yang tidak elok dan tidak berguna selepas kita diistiharkan sebagai suami isteri.
  5. Sentiasa bersabar dan bertolak ansur jika ada keretakkan rumahtangga cepat-cepat diselesaikan.Jangan biarkan berpanjangan.
  6. Jaga tanggungjawab masing-masing sebagai suami atau isteri dari segi agama, adat dan kedua-dua belah keluarga.
  7. Pelajarilah,ilmu-ilmu semasa kita hendak mulakan pelayaran hidup termasuklah cara adab bekeluarga dan cara-cara berjimak dan seterusnya akan perkara-perkara zahir & batin.
insya'allah kalaulah ada masa dan kelapangan silalah mana-mana pasangan lelaki atau perempuan datang kerumah pak haji sebulan sebelum  berkahwin,untuk diberi tunjuk ajar dan sedikit ilmu atau amalan dari segi zahir dan batin untuk dimanafaatkan.